Aug 18, 2009

SAPE AKU?


" Pagi2 aku dah bangun dah. Tido malam tadi ok je la. Xde yang mengarut. Aku ade jiran baru. Kecik je dia ni tapi make-up bukan main lagi. Kalah aku. Aku warm up jap, bagi lancar sume urat2 dan darah dalam badan aku. Hari Sabtu lepas aku g urut. Maklumla kan, badan rase sengal2 je. Nak jalan2 pun cepat penat. Tapi tempat urut tu xbest sgtla. Org tu cam xmesra sgt ngan aku. Nak je aku bagi sedas dua. Tapi pegi je la. Dekat pun dekat kan. Kang g jauh2 penat lagi. Lepas urut tu, rase badan mmg segar. Mate pun cerah je. Time to sekodeng. Hehe.

Bile badan dah rase ok, aku kuar umah. Hari ni aku tengok matahari kuar awal. Mungkin sebab awan xbanyak nak lindung matahari tu. Hehe. Memandai je aku ni. Xsilap aku la, malam tadi ujan. Sejuk gak la aku tido. Tapi best. Hehe. Mate aku silau beb kene pancaran matahari yang terik tu. Nak pakai cermin mate kang, org cakap aku giler. Pagi2 dah pakai cermin mate kan. Buat2 xsilau jela. Sabo2. Org sekarang ni bukan boleh tgk org lain skit dari dorg, mesti nak dengki. Pelik bin hairan aku nengok.

Bile aku jalan kan, aku tengok ramai yang lari. Dorg ni xreti jalan ke. Rilek la skit. Kang jatuh baru tau. Xdenye aku nak tolong. Tolong tengok pun x. Korg bangun la sendiri. Tapi dari pengalaman aku, bile ade yang jatuh, mesti ramai yang tolong tengok je. Pastu mule la sesak nafas. Aku malas nak join komuniti camtu. Tengah2 aku jalan, boleh lak sorang mamat ni lari sebelah aku, pastu dia langgar lopak air. Pergh, kene kat aku. Aku dah la pakai smart2. Basah skit suar aku. Bengang betul la aku. Aku kejar mamat tu sampai dapat. Ingat dia badan besar aku takut. Pantang anak Melayu kalah tau x. Mamat tu nampak aku kejar dia, dia lari lagi laju. Xpe2. Depan tu kang mesti ko pancit. Sekali betul da, kat depan tu dia xleh lari dah. Aku ambik peluang maki dia. Padan muke dia. Jalan tengok la org skit.

Bile dah maki mamat tu, tetibe perut aku rase lapar. Aku pun cari la tempat nak sarapan. Sampai kat satu tempat tu, aku g sarapan jap. Ramai gak yang sarapan sekali ngan aku. Tapi nak beli sarapan kat sini kene beratur beb. Xde la nak potong barisan ke, potong line ke. Jgn harap la. BERATUR!!! Kalau xtau nak beratur, g sekolah balik. Belajr cmne nak beratur. Kes2 camni kebanyakkan nye sebab xpenah masuk perhimpunan mase sekolah dulu. Tu yang xreti2 nak beratur tu. Menyusahkan org je.

Habis sarapan, aku lepak jap sebelum meneruskan perjalanan. Lepak la tengok kot2 ade yang berkenan di hati. Boleh mintak kontek namber. Kalau dapat la. Gerenti xdapat. Aku ni xhensem sgt tapi manis la. Sekali org tengok mesti cair nyer. Hehe. Aku jalan lagi setelah penat menjamu mate. Kali ni aku pun nak lari gak la. Tengok org lain lari cam best je. Penat gak berlari ni. Boleh semput aku dibuatnye. Dahla aku ni jarang joging. Xlarat la. Better aku jalan. Kuar gak peluh.

Waktu ni dah tengahari, aku rase nak tido jap. Aku pun carila tempat yang redup skit yang boleh aku tido. Xkan nak tido tgh2 panas. Mau demam aku kang. Ha, aku jumpe satu port baik punye. Aku pun landing la kat situ. mate aku mmg xleh blah. Dengan angin yang sempoi2 bahase, aku pun terlena kat situ. Best giler. Sedar je jam dah nak dekat kul 5. Lame gak aku tido. Nasib baik xde org kacau. Aku bangkit dari tido dengan perasaan yang puas sekali. Aku terus je g kedai mamak kat hujung sane tu. Aku tunggu awek aku. Dia cakap dia habis keje kul 6. Aku pun lepak lagi la kat kedai mamak tadi. "

Sampai situ je Bullet nak citer. Agk2 korg la kan, sape aku tadi? Ade sebarang jawapan, sile hantar kat ruangan komen ye...

4 COMMENTS ON BULLET:

zul said...

apa punyer panjang daaa...

tak dapek ah pokcik nak nolong..

anak laut said...

salam..

dia orang lari tu sebab nak cepat tu..:))

tq singgah anaklaut.

p/s: izinkan saya follow ur blog.:)

BULLET said...

ape da. pk la betul2. korg ni xminum innershine ni. hehe. teke lagi ye

BULLET said...

UNTUK PENGETAHUAN ANDA SEMUA, "AKU" DI DALAM ENTRY NI ADELAH KETE BULLET ( SI COMEL TU ). HAHA. TU PUN XLEH TEKE. SONANG BAI TU