Jul 31, 2009

AL - KISAH...

16hb Januari 1982, Bullet menjenguk ke alam yang begitu mencabar setelah 9bulan 10hari berada dalam perut emak Bullet. Kelahiran Bullet sebagai anak yang sulung mungkin menggembirakan hati emak dan ayah Bullet ( sebab Bullet mane tau dorg hepi ke x ). Bullet lahir kat Hospital Kem Terendak, Melaka. Ayah Bullet bukan tentera pun tapi sebab tu ler hospital paling dekat ngan umah, make gi jelah kat situ. Zaman kecik2 ni xde plak parent Bullet ni ambik gambar Bullet. Xcomel agaknye. Ape da. Mase ni ayah Bullet keje sebagai kerani kat JKR Workshop, Kuala Lumpur. Emak plak tidak bekerje melainkan menjadi suri rumah sepenuh mase ( agknye ).

Meningkat usia nak sekolah tadika, Bullet ngan emak duk kat Parit Raje, Johor sebab ayah keje kat KL. Nak sekolah sane mesti mahal kan. So balik la kat kampung emak Bullet ni. Bullet menamatkan pengajian di tadika ni tahun 1988 dengan jayenye. Tadika tu kat kampung sebelah. Make atuk Bullet ( dah meninggal ) yang hantar dan ambik Bullet dari tadika. Mase tadika ni gak la ayah Bullet kehilangan bapaknye kerana meninggal dunia. Atuk Bullet yang sebelah ayah name dia Abd Ghani, yang belah emak name Omar je. Sempoi beb. Make Bullet pun kehilangan seorg atuk. Tinggal sorg je.

Pas tadika, Bullet sekolah plak darjah 1 kat Sekolah Kebangsaan Sri Kemajuan, Parit Tengah, Batu Pahat. Mase pendaftaran, cikgu yang ade kat situ kate Bullet ni pandai sebabnye Bullet tau eja name sendiri dengan laju ( pandai ke? ). Yela, kat kampung ni bebudak dia kurg ckit ttg pelajaran ni. Tu dulu la, sekarg budak kampung dah maju dah. Bullet dapat kelas yang paling pandai antara 2 kelas yang ade kat sekolah tu untuk budak darjah 1. Hehe. Cikgu kelas amat menyukai Bullet hingge Bullet terpilih untuk menjadi ketua darjah. Riak ni. Belajar punye belajar, tibe mase untuk pekse ( exam la ). Bullet berjaya jadi murid cemerlang untuk darjah 1. Tapi jodoh Bullet ngan sekolah ni xpanjang sebab Bullet terpakse pindah ke Melaka semula ( bosannye )...

Proses pertukaran sekolah dilakukan sendiri oleh ayah Bullet. Bullet sekolah kat Sekolah Kebangsaan Tanjung Bidara, Masjid Tanah, Melaka. Bullet ngan parent duk kat umah sewa nenek Bullet. Tapi kitorg xpyh bayar sewa. Haha. Ade 10 bijik umah kat situ, yang lain askar yang duduk. Zaman sekolah kat situ ade yang best, ade yang xbest. Best sebab Bullet dapat main bola untuk sekolah. Yang xbest sebab Bullet asyik kene belajar je. Mase ni gak Bullet belajar hisap rokok tapi kantoi ngan ayah Bullet sampai Bullet kene rotan. Sejak dari hari tu, sumpah xisap lagi. Jadual harian Bullet, ayah Bullet dah siapkan bermula dari pagi sampai tutup mate. Pagi dah semayang subuh, g sekolah. Balik sekolah kalau xde kokurikulum, kene terus balik umah. Makan, semayang, stadi lagi ( wat keje sekolah ). Petang je baru Bullet leh main bola ke, basikal ke. Bullet xramai kawan sebab Bullet xselalu kuar umah. So usia budak2 Bullet byk dihabiskan dengan belajar. Bullet xsempat nak ikut kawan2 g tanam benih padi, xleh berkubang tengah sawah. Xde jugak peluang belajar berenang kat laut wpun umah Bullet dekat dengan pantai Tanjung Bidara. Make Bullet ni boleh dikategorikan sebagai seorg budak yang naif. Ayah Bulet xbagi buat sume tu sebab dia nak Bullet berjaya dalam pelajaran. Biar jadi org yang bergune katenye. Memg ape yang ayah Bullet impikan jadi kenyataan. Keputusan UPSR Bullet dapat 4A. Memang bangge sebab kalau sekolah kat kampung ni, xramai yang boleh dapat 4A. Bullet ngan 3 org lagi yang berjaya dapat keputusan tu.

Meskipun dapat 4A, Bullet xdpat tawaran dari mane2 sekolah asrama penuh. Make Bullet daftar kan diri untuk masuk tingkatan 1 kat Sekolah Adi Putra, Masjid Tanah, Melaka. Dekat x dekat sgt la ngan umah Bullet. Kene naik bas. Tapi Bullet xlame kat sini, dlam bape hari je sebab Bullet kene sekolah kat Sekolah Ghafar Baba plak. Yang ni kat pekan Masjid Tanah. Jauh lagi dari umah. Naik bas, hari2 lambat sebab bas yang datang tu mmg lmbt. So, hari2 name Bullet ade dalam senarai pengawas. Tensen beb. Memula sekolah kat sini sebenarnye Bullet duk asrama. Sekolah ni ade sediakan asrama untuk yang duk jauh. Mase hari yang ayah Bullet hantar masuk asrama tu, Bullet dah rase lain macam je. Nak tau nape? Bullet xleh duk jauh dari emak. Hari2 nangis sampai la ayah Bullet ambik keputusan untuk mengeluarkan Bullet dari asrama. Hehe ( anak mak ). Jangka hayat Bullet kat sekolah ni pun xlame sebab Bullet dapat tawaran g Sekolah Datok Abdul Razak, Seremban. Sekolah asrama penuh ni. Femes kat N9. Mase hari daftar tu, ayah Bullet hantar ngan kawan dia. Sape ntah, Bullet pun xkenal. Dalam hati Bullet dah nangis dah. Tuhan je la yang tau rase hati Bullet mase tu. Emak seakan memahami isi hati Bullet sebab mmg Bullet xpenah duk jauh dari emak. Sampai je kat sekolah tu, Bullet makin xkeruan. Ape yang terjadi kat Bullet? Nak tau? Tunggu episod lain ye...

Jul 28, 2009

AKTIVITI BULLET

Satu aktiviti yang Bullet xbape suke nak buat tapi teringin nak buat adalah memancing. Bagi Bullet, memancing ni buang mase je. Bukan dapat ikan pun. Dulu mase Bullet duk kat Melaka ade gak mancing tapi dapat ikan kecik2 je. Dah la kecik, kulit Bullet ni terbakar sebab mancing kat laut. Hitam cam arang. Tapi kali ni Bullet nak citer pengalaman Bullet memancing ikan kolam. Nak tau lokasi sasaran. Kolam kat belakang umah bapak mertua Bullet.

Dah agak lame la Bullet aim nak mancing kat kolam ni. Baru minggu lepas dapat peluang. Pagi2 sabtu lagi, bapak mertua Bullet dah siapkan joran ngan umpan dedak. Bullet ingt nak buat sendiri, tapi bapak mertua Bullet lagi pantas. Satu perkare yang perlu di ambil tahu ialah, Bullet bukan makan pun ikan kolam ni. Ikan air tawar, seafood pun Bullet xmakan. Nanti muntah balik. Lepas dah siap sume, make berjalan la Bullet menuju ke destinasi. Bukan jauh pun. Sepelaung pun xsampai.

Aksi2 seorg amatur memancing ni klaka la kan. Pegang joran pun terkial2. Tapi tetap try gak. Org kate pengalaman kan. Sekali, dua kali umpan xmengena. Xboleh jadi ni. Try lagi. Huh, kali ketige memang rezeki la. Dapat sekor ikan talapia tapi xla besar sgt. Saiz ok je. Pancing lagi, dapat lagi. Ni yang seronok ni. Kali ni ikan talapia gak tapi saiz besar. Bangga beb. Makin bertambah eksyen la Bullet memancing. Dapat lagi ikan talapia. Asyik ikan talapia je. Sekali tersangkut ikan kap kepunyaan bapak mertua Bullet. Cuak gak. Besar beb ikan tu. Mama suruh Bullet lepaskan balik ikan tu. Lagipun ikan tu bukan sedap pun kalau nak makan dia. Sian dia tersangkut mate kail. Lain kali hati2 la skit.

Lepas je dari tu, ikan talapia yang lain xnak plak makan umpan Bullet. Mesti ikan kap tadi dah bagitau ikan lain. Ape da. Tapi dpat gak sekor dua lagi ikan talapia. Pas tu, Mrs. Bullet suruh naik. Sibuk betul la. Hehe. Hasil tangkapan, 6 ekor ikan talapia pelbagai saiz. Enak di makan ke? Xtau la. Makan je la kan. Dah tu kalau xmakan, buat ape Bullet pancing. Hehe...Bye

Jul 23, 2009

Edisi Koya ( Poyo La senang citer )

Kisah yang ni terjadi pada 2 minggu lepas. Tetibe je Mama suruh balik kampung ambik buah gak. Benda ni jadi tetibe sebab Bullet ingat Mama nagn Abah nak datang umah kitorang bawak buah. Rupe2nye Mama xcakap ngan abg ipar Bullet, si SOT tu la. Lagipun SOT bz skit time tu sebab bebudak Polisas baru mendaftar masuk.

Make pade petang 10hb Julai, lepas je habis keje, Bullet dan Mrs. Bullet pun terus menuju ke kampung. Ni 1st time balik kampung naik WSS 468 ( si Comel ) tu. Cilok punye cilok punye cilok, sampai la kat Felda Lepar Hilir 1, umah Mama. Mase tu dah kul 9 nak kat kul 10 la rasenye. Penat beb tapi best.

Keesokan harinya yakni hari sabtu 11hb Julai, Xde la aktiviti lain selain makan durian yang enak dan lazat. Xde plak gambar kat sebab khusyuk makan. Korang bayang je la ye. Dalam pade tu, kitorg plan nak g umah makcik Mrs. Bullet kat Kuantan. Maklumla, dari kitorg kawin hari tu, belum sempat pegi lagi ke sana. So, petang tu gak kitorang pegi. Dan di sinila edisi koya bermule...hehe...

Kitorg pegi dgn 2 kete. Si comel dan transformers. Transformers ni milik SOT. pun baru kuar gak dari kedai. Nak tau kete ape x transformers tu?

Ni la kete transformers tu. Dapat tengok stereng jela korang. Nak tengok yang real, tgk kat blog SOT ye. Camane Bullet leh drive transformers ni? SOT yang bagi drive. Make, koyala kitorg ngan transformers ni. Mmg best la kalau nak dibandingkan ngan si comel kan. Dah la I-VTEC, tekan skit je dah cam nak racing je. Ade yang kene saman ni kang. Bawak slow je la. Lagipun Mrs. Bullet xcaye sgt kalau Bullet drive kete lain ni. Tapi Bullet mmg salute ngan SOT sebab umur baru setahun jagung manis ( sebab darah manis, bulan 10 ni nak nikah beb ), dah boleh pakai kete mewah. Bullet ingt dia nak beli Civic Hybrid ke, tapi yang ni pun dah ok.

Tu je la yang Bullet nak kongsi. Pengajaran untuk kisah ni, jangan koya ngan kete org dan jadilah insan bergune agar dpat beli transformers ni...hehe...AUTOBOTS, LET'S ROLL...KIK KU KIK KU KIK ( Sound Effect Da... )

Jul 21, 2009

EDISI PENAT : LETIH BETUL LA

Hari minggu yang lepas, Bullet bersame2 keluarge telah pulang ke kampung mak Bullet di Kampung Parit Simpang Sikon, Parit Raja, Batu Pahat, Johor Darul Takzim. Mak Bullet pun duk kat KL gak, so nanti Bullet kene ambik dia kat KL.Kepulangan kami semata2 musim buah yang dah nak sampai ke penghujung. Pakcik Bullet suruh balik. Tu yang balik tu. Kalau x, jangan harap la. Raye nanti baru nampak muke. Hehehe.

Pagi Sabtu yang indah, Bullet dan Mrs. Bullet bangun tido awal tau. Bullet buat keje-keje yang dah plan malam tadi ( vakum kete, sapu umah, mop lantai ). Mrs. Bullet plak menyediakan sarapan pagi yang enak dan lazat walaupun pedas...Bihun Goreng. Sampai berair mate kitorg makan sarapan pagi tu. Tapi tetap habis gak. Xbaik membazir. Ingat tu.

Dah siap sume keje, kitorg lepak tgk tv jap. Tgk punye tgk punye tgk, dah nak kul 1030 pagi. So, kitorg pun mandi dan bersiap2 untuk ke umah mak Bullet dulu. Tapi kitorg ade misi yang perlu diselesaikan dulu. Sampai kat KL, Bullet g Jalan Pasar untuk membeli cermin mate Ray Ban yang ala2 mat rempit pakai tu. Mahal siot. RM10.00 tau. Hehe. Pastu g Carrefour plak sebab nak beli hadiah perkahwinan kawan kitorg ( kawn Mrs. Bullet sebenarnye ). Perut terase lapar tapi xnak plak cari kedai makan. Sambung perjalanan lagi sampai ke umah mak Bullet.


Kali ni balik ngan 2 kete. Satu kete kitorg yang comel tu dan satu lagi kete jiran mak Bullet yang dah kitorg anggap cam sedare dah.Dia nak ikut sebab xpenah g kampung kitorg. Kul 12lebih kitorg memulakan perjalanan merentasi highway utara selatan. Oleh kerane perut dah mule mendendangkan lagu keroncong, make dengan tidak segan silu kitorg berhenti rehat kat R&R Seremban. Punyela ramai org. Nasib baik dapat parking. Bullet makan nasi lauk ayam bakar @ panggang masak lomak cili api. Xde la sedap sangat pun. Janji boleh memenuhkan perut yang kosong ni pun dah Alhamdulillah.

Selesai je makan, perjalanan diteruskan lagi. Tetibe jalan jem. Dari jauh lagi Bullet dah nampak ade eksiden kat sebelah jalan sane. Yang rakyat Malaysia ni pun satu hal. Dah tau eksiden, sibuk nak tengok sampai jem jadinye. Drive je la kete korg tu. Yang korg nak tengok same apehal. Kang korang yang eksiden. Start membebel dah Bullet ni. Dalam pade tu, Bullet ambik keputusan utk menggunekan lorong kecemasan. Hehe. Jangan amalkan selalu ye, nanti kene saman ngan Pak Sedare.

Kitorg sampai kat kampung lebih kurang kul 5petang. Yang ni umah makcik yang sulung dalam keluarga mak Bullet. Umah dia kat Kampung Parit Baru. Punyela teruje tengok pokok buah mata kucing yang masak ranum. Ni mate kucing kampung tau, best dan manis nyer. Bullet, Mrs. Bullet dan keluarga duduk kat bawah pokok tu mencekik mate kucing jer. Sedap beb. Xcukup ngan mate kucing, kitorg makan rambutan plak. Rambutan merah2. Giler tengok tapi xdelah

giler nak makan pun. Hehe. Pas makan buah2, mase untuk makan nasi plak. Terbeliak bijik mate Mrs. Bullet sebab tgk makanan yang xpernah dia jumpe. Antara name makanan yang Mrs. Bullet xpenah dengar, sambal godhoq, nasi berkat. Hehe, tapi gerenti sedap beb. Jangan risau.

Malam menjelma, kitorg g kat umah pakcik yang kat Parit Raja plak. Dah janji nak makan sate. Umah dia xla jauh sangat ngan umah makcik tadi. Tapi xleh jalan kaki. Kene gak drive. Kt sana makan2, bork2 sampai kul 10lebih. Balik semula kat umah makcik tadi. Dan aktiviti seterusnye, TIDOOOOOOO........Tapi Mrs. Bullet xbape sihat. Hidung dia xok. Selseme skit. Terpakse sapu ngan minyak Yuyi.. Huhu....

Keesokan paginye, Bullet bangun awal. Kejutkan Mrs. Bullet sekali. Hidung dia ok dah. Tapi still ade yang xok gak. Bullet tgk kat dapur, sepupu Bullet dah ready nak siapkan sarapan untuk kitorg. Bihun goreng da...Bile dah betul2 pagi baru Bullet mandi. Sejuk mandi pagi2 ni. Kang beku otak ni.
Menyambung aktiviti semalam, makan buah lagi. Bullet dan mak Bullet g pasar jap beli ikan dan sayur dalam kul bape ntah. Lupe plak. Yang paling best hari ni, Mrs. Bullet belajar care nak masak sambal godhoq dari makcik Bullet. Huhu. Kagum gak la ngan dia. Nak gak belajar. Bukan ape, Bullet xnak dia jadi cam isteri sepupu Bullet yang satu lagi tu ( PEMALAS ).

Dalam dorg masak2, Bullet merehatkan diri kat ruang tamu sampai tertido. Tengah tido, adik2 plak bising. Lari masuk bilik. Tetibe, Mrs. Bullet masuk...Jeng je jeng.

" La, kat sini rupenye. Sume org cari awak,"kate Mrs. Bullet.

Ape da cari gua. Tido lagi baik. Rupenye Mak Bullet nak ajak Bullet g Ayer Hitam. Nak beli barang skit. Barang ape ntah. Sebelum tu, Bullet makan dulu. Maklumlah dah tengahari. Perut pun dah lapar. Kat sane, Mrs, Bullet yang shopping gak. Beli handbag mengkuang. Cantik gak. Pastu beli ubi kemili untuk Mama ( mak Mrs. Bullet ). Beli gak kuih neram dan dodol. Mak Bullet beli ape ntah . Ade cam langsir je. Malas nak ambik pot.
Dah puas berjalan dan membeli belah, kitorg pun balik la. Singgah umah pakcik kat Simpang Sikon dan Parit Nipah untuk ambik buah rambutan. Perang jap ngan kerengge. Punyela banyak kerengge yang menyerang kitorg. Pas dah puas ambik buah, kitorg balik semula kat umah makcik. Banyak barang yang nak di angkut ni. Cmne ni. Muat ke kete comel tu? Hehe...Muatkan jela. Nasib baik ade 2 kete. Kul 5lebih kitorg bertolak dari kampung. Sampai KL kul 8lebih. Bullet dan Mrs. Bullet plakkene balik ke umah sendiri lagi. Drive lagi 45minit. Sampai umah, mandi dan terus tido...

Selamat malam semua. Bye.

Jul 16, 2009

BERBUKE PUASE + TRANSFORMASI

Al-kisahnye, semalam kan Bullet ngan Mrs. Bullet puase. Tengahari tu pk nak makan ape waktu berbuke nanti ni. Tetibe muncul plak YM dari Mrs. Bullet. Nak tau ape kandunganYM tu? Jeng je jeng. Mrs. Bullet ajak Bullet buke pose kat restoran makanan Italy. Huhu. Seram sejuk gak la bile dapat pelawaan camtu. Bukan ape, tengah2 bulan ni poket xdelah banyak sgt isinye. Tapi apekan daye, rezeki jangan ditolak kan. Bagus jugak makan kat luar sekali sekala. Balik je dari keje, Bullet pun ambik Mrs. Bullet kat ofis dia. Dalam kete, Mrs. Bullet citer plak pasal makan megi ( dia ni kang, kejap piza kejap megi ). Bullet pun layan jela. Perjalanan diteruskan menuju destinasi yang di tuju. Sejam gak kitorang sampai situ. Nak tau kat mane? Tengok jela gambo kat tepi tu ha.
Pizza Hut ni terletak kat area Klang. Lokasi kejadian xdapat la Bullet bagitau sebab Bullet xtau sgt name tempat tu. Huhu...Selepas makan, proses pembayaran pun berlangsung dengan jayenye ( bawah RM30.00). Tu pun Mrs. BUllet yang bayar. TQ sayangku...( nanti kasut CROC Bullet belikan ye ).

Destinasi ke-2. Kemana? Dah nak habis makan tadi, Bullet ajak la Mrs. Bullet g kedai aksesori kete yang berhampiran. Name kedai tu SOUND ape ntah. Lupe plak ambik gambar kedai tu. nak tau ape tranformasi yang berlaku? Saksikan la ye.







Tu la yang terjadi kat Perodua Myvi milik Mrs. Bullet. Tinted skit je sebab yang tu je murah. Nampak lain skit kete tu. Xla botak je. Tapi xpe, nantikan transformasi yang selanjutnye beberape bulan dari sekarang. Kene bagi nampak ganas skit. Nak g Melaka bulan 10 ni, kete kene smart beb. Ok la, nak keje balik. Lunch hour dah habis. Nanti2 Bullet tulis lagi.

Jul 15, 2009

EPISOD 2 : PENGERTIAN

Huhu..Bertemu lagi kite. Sihat ke semua? Hari ni dan semalam Bullet & Mrs. Bullet berpuase. So, lunch hour ni xde la g mane2. Lepak je kat ofis. Tenang je rase bile ofis ni xde orang. Kalau x,memekak je keje dorang ni.

Mesti korang nak tau nape dalam episod 2 ni tajuk dia pengertian kan. Firstly, Bullet nak citer dan kongsi ckit ngan korang, nape Bullet bagi name ZAFSTORY untuk blog ni. ZAF membawa maksud ZUZILA AMIR FIRDAUS. Zuzila tu name Mrs. Bullet dan Amir Firdaus tu name Bullet la. Bile kitorg gabungkan huruf yang awal tu, make tercipte la ZAF. ( Nasib baik plat kete xleh pakai ZAF. Kalau boleh memang kitorg dah beli dah. Hehe. ) Dan Bullet sambung kat belakang ZAF tu dengan STORY sebab citer2 yang Bullet nak kongsi ngan korang. Memule ingat nak letak ZAFEQUIPMENT tapi cam xbest jek.

Nak citer plak pasal logo. Korang jangan jeles plak tengok logo kat atas tu. Hasil cetusan idea Bullet dan juge Mrs. Bullet. Rough sketch untuk logo tu, Bullet yang buat. Xtau camane idea untuk buat logo camtu boleh timbul dalam kepala otak Bullet ni. Mase tu Bullet kat tempat keje lame. Tengah boring2, Bullet ambik pensel tekan, pembaris dan juge kertas kosong. Lukis punye lukis punye lukis, jadila camtu. Bullet xpakai adobe tau. Logo ni agak lame berada dalam simpanan Bullet sehinggalah bile Bullet nak buat blog.

Selepas rough sketch yang Bullet buat, ape lagi scan la masuk dalam pc. Lalu meminta bantuan dari Mrs. Bullet untuk edit logo tu. Dia suke la bab edit2 gambar ni. dan hasilnye...WOW...Bullet xsangke gempak camtu. Kaler yang ade kat logo tu pun Mrs. Bullet yang pilih. Tapi memang best la hasil keje Mrs. Bullet ni. Ni yang buat Bullet makin sayang ni..HEHE.
Bullet rase takat ni jela episod kali ni. Cam nak tido je rasenye. Hehe. Ape2 hal pun, semayang Zohor dulu. Ok, jumpe lagi lain kali ye. Babai.......

Jul 14, 2009

EPISOD 1 : PENGENALAN


Assalamualaikum W.B.T.

Akhirnya Bullet ade blog sendiri. Hehe. Tujuan menulis blog ini sekadar untuk mengisi mase lapang yang terluang. Catatan yang Bullet akan tulis dalam blog ini semuanya cerita dan pengalaman yang Bullet tempuhi selama Bullet hidup kat dunia ni. Dah 27 tahun dah. Agak lame gak kan.

Dalam Episod 1 : Pengenalan ini, Bullet tak nak citer pasal diri Bullet sebab korang boleh bace kat profile kan. Tulis pun buat penat jari je. Korang bukan bace pun. Ok, untuk makluman korang semua, Bullet bukan 24jam online. So, ape yang korang nak tanye atau komen, Bullet akan bace bile Bullet kat ofis je.Hari sabtu ahad pun off tau.Bagi la peluang Bullet nak beramah mesra ngan Mrs. Bullet.

Sampai di sini aje la Episod 1 ni. Name pun pengenalan kan. So,skt jela yang Bullet nak tulis. Ok, nantikan Episod 2 plak nanti. Tajuk untuk episod 2 ni Bullet belum bagi lagi. Saje nak buat kejutan.

Jumpe lagi ye...