Oct 7, 2009

SMS BERANTAI? BANGKAI BETOL SAPE YANG HANTAR...


Heboh SMS ribut kuat landa Malaysia

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi semalam menafikan mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) yang tersebar luas menyatakan satu ribut kuat akan melanda Malaysia malam tadi ekoran ramalan cuaca mengenai Taufan Parma akan melanda Filipina lewat malam tadi.

Pegawai bertugas Jabatan Meteorologi ketika dihubungi berkata, SMS itu yang mendakwa taufan berkelajuan 222 km/j akan melanda adalah satu khabar angin dan menasihati orang ramai supaya tidak panik.
SMS itu turut meminta orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga dan tidak berada di jalanan.
Taufan Parma melanda Luzon pada Sabtu mengakibat tanah runtuh dan banjir serta mengorbankan 16 orang. Taufan, yang kini dikategorikan ribut tropika dengan kelajuan 55 knot, kini bertiup di perairan barat Luzon.
Katanya, ribut tropika itu diramalkan bergerak ke arah barat menghala pulau Hainan dalam beberapa hari ini.
"Kelajuan ribut tropika Parma ini akan membentuk gelombang kuat di Laut China Selatan tetapi tiada petunjuk ia akan melanda negara ini," katanya.

Jabatan Meteorologi semalam mengeluarkan amaran kategori pertama mengenai angin kuat dan laut bergelora dengan angin barat daya berkelajuan 40-50 km/j dan ombak setinggi 3.5 meter di perairan Phuket dan Samui di Thailand, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Reef North, Layang-layang, Labuan dan Sabah yang akan berterusan sehingga Jumaat. - Bernama

Korang dapat x sms ni semalam? Mrs. Bullet dapat la sms ni pastu dia risau. Bullet cakapla xde ape tu. Just org je sebarkan mende tu. Tu sebab jadi kecoh. Cam sms berantai gak la mende ni kan. Bertujuan untuk membuatkan org risau. Cube kalau mende tu betol2 jadi pastu org dah xendahkan sms camtu? Sape yang susah? Lain kali jgn la bagi sms camtu. Kaji dulu kebenaran tu. Jangan main redah je.


11 COMMENTS ON BULLET:

Norsyakiela said...

skrg nie,dah sume dok risau psl ribut yg bkal melanda...tup..tup...khabar angin

fara said...

Skang ni kiri & kanan pon nga bencana alam.

Kte patot bersyukur berada di zon selamat.

Anonymous said...

erm..pg td dnga hot fm..
diorg cite psl sms tu..
huhu..

BULLET said...

firsya : tu la. ape la dorg sebarkan khabar angin kan. hampeh

ms : kite bukanla kat zon selamat sgt pon. sebab tu kite rase gegaran gempe bumi kat indon

huda : bullet pon dgr gak. tu yang buat entry pasal mende tu

Redbloodsnow said...

aku kan bullet. menyampah nah arr ngan SMS berantai. lgi² yg ala² berhantu tuh. if aku dpt sms yg ala² berhantu tuh kan..mmg menyumpah² aku timer taw..hahaha

btw, aku x timer pun SMS tuh..if timer pun, kosa aku nk amik port. if bbtol ramalan tuh. kompom ade kuar dlm bulletin tv3 maaa


:D

BULLET said...

betol tu red. bullet pon nyampah gak. sebab menyusahkan. memenuhkan inbox je. cube la hantar credit prepaid ke kan. ade gak pekdah

F I T said...

ini tak habis2 keja org tak betul..ada2 je sms tipu dia nk antar..pastu ramai2 la pakat forward...adoiii

Osi said...

Sms macam tu sering saya tak layan...tak lah ambil pusing soal sms yang tak jelas macam tu, hanya buat warga sekitar malah tambah heboh...

F I T said...

kalu sms dari maxis yg takde num tu memang leh caya lagi..yg dapat cdt bila topap byk2 tu..tu ok gk..tapi yg dapat sms dari num ntah apa2 tu memang tak leh caya langsung..jgnkan bom berantai yg patut diharamkan..sms berantai pn patut diharamkan..hehehe

~MaMa AdRiAn FaRiQuE~ said...

me pon dpt gak sms tuh...
tp me wat x to je la...hihihi!!

BULLET said...

fit : mmg xbetol org tu. sape la yang xbetol tu kn. mesti keje din beramboi tu

kokon : tu la tu. buat heboh jek. kalau buat jom heboh pun lom tentu bullet nak g

cik lady : bagus2. jgn layan. nak layan, layan melodi...