Debaran perlawanan Piala Perisai Komuniti 2009/10 antara Chelsea yang hebat menentang Manchester United si setan merah memang Bullet rasekan dari minggu lepas lagi. So malam tadi setelah habis menonton rancangan Jangan Lupa Lirik di Astro Ria, Bullet pun cepat2 tukar channel . Nasib baik xstart lagi. Kedua2 pasukan nampaknye memperagakan jersi terbaru masing2. Chelsea tetap dengan warne biru manakala MU yang dah memang terkenal dengan gelaran si setan merah tetap juge dengan kaler merah. Cam bagus.
Nampaknye Chelsea menurunkan barisan terkuat namun Bullet tetap xbape minat ngan defend kanan tu. Si Branislav Ivanovic. Bullet prefer kalau Ancelotti bagi Bosingwa main 1st eleven sebab dia ni laju dan mmg keje dia la yang cross bola. Tapi ape boleh buat, Bullet bukan manager Chelsea. Hehe. Ivanovic pun ok gak.
1st try dari Chelsea menerusi penterang prolifik yang mmg kental, Didier Drogba. Agak kagum gak la ngan player yang sorang ni sebab kene ramai defend yang jage dia baru dia xleh lepas. Kalau takat one by one, kacang yo mamat ni setelkan. Dalam pade serang2 tu, MU berjaya plak score gol menerusi player yang senegara ngan Cristiano Ronaldo, si Luis Nani. Dia ni mmg laju la. Skill pun same ngan Ronaldo tapi dia muda lagi. Rembatan yang mamat ni buat berjaya mengelirukan kapten Chelsea, John Terry dan keeper, Petr Cech. Ape da. Ngok betul. Main la betul2. So, kedudukan sekarang 0-1. Dorg pun sambung main lagi. Ade yang dapat kad kuning, ade yang terjatuh. Asam garam main bola kan. Kedudukan xberubah sampai habis separuh mase.
2nd half bermula. Chelsea sudah membuat pertukaran pemain. Bosingwa masuk menggantikan Ivanovic. Ni baru best. Permainan menarik ditunjukkan oleh pemain Chelsea manakala MU tetap ngan tradisi dorg, biar main kotor asalkan menang. Kaki player MU ni keje nak menekel je. Patahkan kaki tu kang baru tau. Minit ke-6 separuh mase kedua menyaksikan kedudukan terikat 1-1 apabila Ricardo Carvalho menjaringkan gol. Baru MU tau Chelsea xkan mengalah naggn mudah. Bullet hepi dah made ni. Bullet tau yang Chelsea akan menang.
Oleh kerana dah hilang rentak, MU melakukan pertukaran pemain. Sekali 4 MU tukar. Tadi dah tukar sorang. Nani kene tukar ngn player baru, Antonio Valencia. Kali ni Owen, Gigss, Scholes ngan Fabio masuk. Ni betul punye terdesak ni. Haha. Rooney pun xdapat wat ape. Sian. Permainan disambung. Aksi mendebarkan dan menyeronokkan. Bullet tau Chelsea mestimenang ni tapi Mrs. Bullet selalu xnak caye. Ade ke dia ckap Chelsea xkuat. Cis. Kali ni, Chelsea plak tukar player. Ballack masuk menggantikan Obi Mikel. Bile Ballack masuk je, dia mule buat drama ngan player MU, Patrice Evra. Evra tekel dia, dia siku plak Evra. Padan muke. Tekel lagi.
Tapi malam ni Bullet xpuas hati sgt ngan prestasi yang ditunjukkan oleh Frank Lampard. Dia cam player yang baru untuk Chelsea. Sume yang dia buat cam xjadi. Rembat pun kene org, free kick xjadi. Tapi xpe, main lagi. Hehe. Ternyata Bullet silap kali ni. Frank Lampard cam dengar je yang Bullet ni ngumpat dia. Ade sekali Didier Drogba melarikan bola ke kawasan MU ( ni hasil dari Ballack siku Evra la ni ), terkontang kanting defend MU lari cam xcukup tanah sebab nak kejar Drogba ni, namun xdapat. Drogba pass bola kat Lampard, Lampard rembat sekuat hati. Boleh plak bola tu kene keeper MU ( Ben Foster ), tetapi apekan daye, kelajuan bola hasil rembatan deras Lampard umpama kelajuan cahaya. Wpun berjaya menahan bola tu tapi tetap gak bola tu nak masuk dalam gol MU. Pandai bola tu. So, 2-1 sekarang. Haha. MU nak kalah dah ni. Tau dah. Terbayang tahun lepas mase final Champions League. Bile Barca dah score, player MU dah hilang rentak. So, same la ngan kali ni. Sian Alex Ferguson. Bersare jela. Bagi le org lain kemudi MU. Dah naik muak Bullet tgk.
Bile mase permainan dah nak habis, Bullet dah boleh jangke yang Chelsea akan menjulang trofi pertama musim 2009/10 ni. Tapi boleh plak Giggs through pass bola kat Rooney. Bosingwa pun kejar la Rooney tu, tapi xsempat. Dia berjaya score gol. Cis, potong stim betulla. Gol plak. Bullet cuak skit tapi tetap rilek. Mase permainan tamat, penentuan sepakan penalti akan menentukan siapa yang layak bergelar juara.
Sepakan pertama diambil oleh Lampard. Senang je nak score, rilek je Lampard sepak. Foster tersalah arah. Giliran MU plak. Giggs ambik tapi sayang sekali, Cech berjaya menghalang ngan kakinye yang panjang tu. Haha. Sian MU. Pastu, Ballack plak ambik untuk Chelsea, masuk lagi. Carrick ke ape ntah name mamat tu ambik untuk MU, masuk gak. Xpe2, Chelsea leading lagi. Giliran Drogba sepak, dengan mudah je menewaskan Foster tu. Huhu. Gumbira gumbira. Sepakan ke-3 MU diambil oleh Evra. Si Evra ni ingt ni training ke, sepak bola pelan2 kat Cech. Bagila kuat skit. Baru mencabar. Haha, MU dah nak kalah ni. Sepakan ke-4 untuk Chelsea akan diambil oleh Salomon Kalou ( Mrs. Bullet cakap name mamat ni sailormon plak ). Ngok betul. Kalou pun ngan mudah menjaringkan gol dan dengan ini dah sah la yang Chelsea adalah pasukan yang kuat. Hahahaha ( gelak berlagak ni ). Pade muko MU. Kawe ghoyak doh hok MU tokse mene. Bakpo la main kalu lagu tu. Buak habis air peluh yo. Haha.
Kepada penyokong MU, ketiadaan Ronaldo mmg terase kan. Ape la yang mampu Owen tu buat pade usia yang dah meningkat tua. Harap muke je cam bebudak lagi.
1 COMMENTS ON BULLET:
tak menahan.. ulasan penuh tu...
Post a Comment