DJ : Laporan lalulintas untuk petang ini. Kesesakan dilaporkan di lebuhraya E1 dari Subang ke Damansara. Kenderaan bertali arus dan dinasihatkan pemandu agar memandu berhati2.
Bagus DJ ni nasihat org kan.
DJ : Lalulintas di E5...eh E10 LDP...eh E10 Lebuhraya Pantai...
Bullet : Pale ko E5 E10. Cakap la betul2. Terus Bullet dengar CD je. Hampeh betul. Cakap la elok2. Org dah la jem ni. Main2 plak.
Ambik ko sedas. Kepade DJ SinarFM yang bertugas pade waktu petang dalam kul 430 sampai kul 630 tu diharap mintak maaf kepade Bullet ye. Sebab anda dah buat Bullet kurang pahala puase. Ngek betul.
Waktu dah nak kul 630. Toll Gombak pun dah dekat tapi Mrs. Bullet menyarankan agar Bullet DRIVE THRU je kat McD. Sebab mmg xsempatla nak sampai Gambang tu dalam mase setengah jam je. Ingt Bullet bawak Toyota Caldina ke? Si Comel je tau x. So, Petronas yang ade McD kat Gombak tu, kat area Setapak la. Kitorg pun memesan Big Mac dan Chicken McDeluxe saiz sederhana je. Sebab xnak makan banyak. Kang kat kampung mesti banyak makanan kan. Hehe. Pandai2 je.
Kenderaan xdela banyak sangat pun kat highway ni. Rilek je bawak kete. Kitorg sampai kat Hentian Temerloh ngam2 kul 722. So kitorg berbuke la dulu ngan McD tadi sebelum meneruskan perjalanan. Kitorg sampai kat kampung kul 840. Penat la jugak.
Esoknye Bullet dibawa oleh Mrs Bullet mengelilingi kampung ( padehal Bullet yang drive ). Memule tu nak g cuci kete la kononnye tapi kedai kete tu banyak plak kete yang menunggu untuk dicuci, make dengan pantasnye Bullet blah je. Dah habis round2 kampung, balik umah lagi. Bullet cuci je kete kat umah. Kalau korg nak tau, walaupun Si Comel tu dah 3bulan berada dalam jagaan kitorg, xpenah lagi Si Comel mandi kat kedai. Bullet la yang mandikan dia tiap2 minggu. Rajin kan. Hehe.
*ade org xpenah jumpe air laut
Hari Ahad plak, Bullet ngan Mrs. Bullet g jalan2 kat TC ( Telok Cempedak la dol ). Mrs Bullet beli sandal yang ade bunga kat atas dia. So sweet. Cam org Hawaii plak. Hehe. Kitorg pun main2 pasir, main2 air laut ( lame dah kitorg xmandi laut ni tapi hari ni xleh mandi la kan. Bulan pose ni. Kang air masuk dalam hidung dah tersedak2 ). Lepas je kat TC, pegi plak EC Mall. Berjalanla kitorg mundar mandir laksana org yang xde hale tuju kat dalam tu. Mrs. Bullet nak beli kek tapi xde plak kedai kek dalam tu. Xpe2, nanti usaha lagi cari kat luar. *best kan kan sini.
Dah puas berjalan, kitorg pun pulang. Beli kek Mrs. Bullet kat satu kedai tu. Pastu beli kopok leko kat KEMIRA. Kat mane? Kat Kuantan la. Org Kuantan tau le. Org luar nak kene tanye2 dulu baru dapat cari kedai tu. Berbuke puase hari ni mmg mewah. Bukan g makan kat hotel 5bintang tapi makanan yang banyak dihidangkan oleh Mama dan Abah. Anak baru 3 org, campur Bullet sorg jadi 4org tapi hidangan mmg mewah. Rezeki jgn ditolak tau. Ade sambal sotong, pecal, asam pedas kepale ikan kot, solok lade ( ala, lade yang ade isi ikan dalam tu ), kek lagi, kuih muih dan sebagainye. Banyak kan. Mmg perut ni penuh sangat.Dah habis makan tu sume, Abah goreng kopok leko plak. Makan lagi. Perut ni cam xleh isi dah. Tapi Mama menghidangkan kerang rebus plak. Pergh, cmne perut Bullet ni nak menerime sume ini. Tapi apekan daye, sume makanan nampak menyelerekan. Telan jela. Sampai dah xlarat, Bullet basuh tangan, basuh muke, tido. Hehe. Camane la badan xnaik. Makan2 tido. Buruk perangai...Esok sahur plak ngan mee rebus satu periuk. Habis la perut ini. Gemuk kah aku?
Tula citer mase cuti Bullet. Xnak citer perjalanan balik ke KL sebab jalan jem. Hari Isnin, Bullet dan Mrs. Bullet berbuke kat umah mak Bullet plak. Emak masak ayam masak lemak cili padi. Haha. Terliur la korg ye..Ade roti sardin lagi. Dalam kul 8, kitorg pun balik umah kitorg. Esok nak keje da...Tido la
Esok2 sambung lagi...bye
0 COMMENTS ON BULLET:
Post a Comment