Ha, jumpe lagi. Dah episod 4 dah. Byk rupenye kisah hidup Bullet ni. Ingt skit je. Ni baru episod kat sekolah. Kalau Bullet detailkan lagi, tahun depan pun xhabis agknye. Hehe.
Kali ni dah tahun lain plak. Tahun Bullet tingkatan 3. Tahun ni Bullet ade exam. PMR name diberi. Bullet xtau adekah Bullet bersedia untuk exam tu. Bullet bukan ape. Walaupun Bullet belajar tapi lame2 Bullet naik boring. Cikgu ajar kat depan, Bullet makan kat belakang. Keje2 sekolah banyak gak yang Bullet buat sambil lewa je.
Dalam pade tu, emak suruh Bullet g tusyen kat masjid dekat ngan umah Bullet. Masjid Alam Shah name masjid tu. Tusyen tu free. Ade la cikgu dari sekolah mane ntah datang ajar. Yang follow tusyen tu pun bukan ramain. Adela dalam 15 org. OK la tu. Tusyen kalau ramai2 kang jadi cam kelas kat sekolah plak kan. Boring plak. Subject yang diajar just subject basic cam BM, Bi, Math. Yang lain tu xde pun. So Bullet blaja la sendiri. Bukan masuk otak pun kalau blaja sendiri ni. Menipu je.
Mase berlalu dengan pantas. Exam pun tibe. Bullet buat la mane yang termampu Bullet buat. Nak cakap Bullet pandai, bukan pandai sgt pun. Nak cakap xpandai, pandai2 je cakap Bullet xpandai. Haha. Nak tau result? 3A 2B 3C. Sume subject teras Bullet dapat A. Haha. Pandaikan. Ok la tu xde yang dapat D. xbest dapat D. Dan keputusan tersebut bukanlah keputusan yang boleh dibanggekan pun. Ayah Bullet mmg xsuke. Tapi ape leh buat. Bullet mmg malas blaja.
Naik form 4, Bullet masuk kelas aliran sains. Tapi sains ni ade prinsip akaun. Bullet letih skit la nak belajar akaun ni. Tapi dengan PMR Bullet yang xbape best, dpt masuk kelas sains pun dah kire ok la. Subject Add Math mmg Bullet selenge. Bullet xpaham ape pun. Sampai la sekarg ni. Mmg payah. nape la sengal sgt Bullet ni nak blaja add math. Prinsip akaun pun Bullet xdpt buat. Kimia pun same. Nasib baik ade fizik. Ok la jugak. Oleh kerana Bullet xmampu nak buat, Bullet ambik keputusan untuk mintak kebenaran dari pihak sekolah untuk menukar kelas. Tapi payah gak nak mintak tukar kelas. Bukan senang2 dorg nak bagi. But at last dorg bagi gak Bullet masuk kelas sains gak yang ade biologi. Subject ni senang la skit. Alhamdulillah, exam akhir tahun Bullet dapat result yang baik untuk bio ni.
Mase form 4 ni gak Bullet mule kenal ngan kawan2 yang boleh dianggap satu kepala. Sebab kitorg ni suke muzik. Kawan2 Bullet tu terdiri dari Din, Bond dan ape name lagi sorg tu. Bullet lupe la. Haha. Kitorg ni suke nyanyi kat dalam kelas wpun Din ngan sorg lagi tu lain kelas dari Bullet. Bond je sekelas. Oleh kerana minat kitorg dlam muzik ni, make kitorg pun selalu la g jamming kat satu studio kat Taman Tenaga, Cheras. Kalau xsilap Bullet bayaran untuk sewa studio tu sejam dlam RM25 la. Kitorg kongsi la bayar. Dalam seminggu tu boleh dikatekan sekali je kitorg g jamming. Bullet as drummer, Bond as bassis, Din gitar kedua dan yang lagi sorg tu lead gitar. Main la lagu yang popular zaman2 tu. XPDC nyer lagu la yang paling banyak kitorg main. So, otai gak la kan kitorg. Tapi xpenah plak kitorg masuk mane2 pertandingan. Sebab kitorg buat band bukan nak masuk pertandingan. Nak main saje2 je. Hehe...
Dalam pade tu, belajar tetap belajar. Dah naik form 5, SPM plak menunggu. Mase ni la Bullet jadi liar skit. Bullet xmasuk perhimpunan awal pagi. Make name Bullet selalu la naik kat bilik pengetua. Port yang selalu Bullet lepak ngan member2 Bullet ni kat belakang sekolah je. Ade la satu hari tu, tgh lepak2 ni. Dari jauh lagi Bullet nampak cam ade kete yang selalu Bullet tgk. Pastu, pelan2 kete tu g kat kitorg.
" Woi2, kete Naseh woi. Blah2," Bullet menjerit bagitau kat member2. Ape lagi, terabur kitorg lari. Cam xcukup tanah. Naseh ni sebenarnye guru disiplin kat sekolah Bullet tu. Keje nak denda org je. Rilek la. Penah satu hari yang lain ni, Bullet xmasuk perhimpunan gak. Then bile habis je perhimpunan, Kitorg pun masuk la sekolah ngan memanjat pagar ( pintu dah ade, g panjat pagar ). Ngok tul. Elok je kitorg nak masuk kelas, En. Naseh tadi kejar kitorg sambil membawa rotan. Cis, bedebah. Make ape lagi, kitorg cabut la. Kang xpasal2 kene rotan. Bukan betul org tua tu.
Menjelang hari nak menduduki SPM, Bullet semakin yakin yang Bullet perlu menjawab soalan dengan penuh yakin. Biarla jawapan salah pun. Hehe. Untuk SPM ni, Bullet drop subject kimia. Tinggal 3 je subject elektif. Fizik, add math dan biologi. Make dengan itu, berlalu SPM apebile Bullet selesai menjawab kertas terakhir untuk SPM pade tahun 1999 tu. Dengan itu gak, Bullet tamat persekolahan. Best beb. Rase bebas je.
Episod akan datang, Bullet citer plak pasal kehidupan lepas sekolah ye...TUNGGUUUU......
0 COMMENTS ON BULLET:
Post a Comment